Monday, 9 April 2012

Saya Ingin Bercinta

CINTA satu perkara ajaib dalam cerita
Bagaikan roh di dalam takhta
Manusia hidup dan membela CINTA
Bahagia dan derita atas nama CINTA
Bahkan mati dalam mempertahankan CINTA
Rasa dan warna yang tidak terkata

Tatkala selit CINTA dalam cerita
Derita dalam CINTA lahir kelazatan tak terkata
Sakit dan sengsara dalam CINTA
Merupakan korban yang indah pada rasa
Sesiapa yang menghalang CINTA
Pasti jiwa kontang dan derita

CINTA merubah segala cerita dan berita
Segala anggota tunduk pada CINTA
Demikianlah hakikat CINTA dalam menjelma pelbagai rupa
Menjadi tanda Tanya
Dengan siapakah BERCINTA?????
Maka jawapannya ALLAH AZZA WAJALLA….

1 comment: