Tuesday 10 April 2012

jangan jadi perompak


Mutiara yg paling bernilai kebiasaannya dimiliki oleh org2 bangsawan
Jika seorang pengemis mmbawa mutiara itu pasti org mengatanya sebagai perompak kepada mutiara itu
Kerana pengemis sudah pasti tidak mmpu memiliki mutiara yg bernilai itu…

Begitu juga dengan seorang PENDAKWAH
Dakwah adalah satu perkara yg bernilai
Dan org yg mmbawanya adalah org yg mmpunyai akhlak yg begitu tinggi
Jika seorang pendakwah yg tidak memiliki akhlak yg baik
Maka dia adalah seorang perompak

Monday 9 April 2012

Saya Ingin Bercinta

CINTA satu perkara ajaib dalam cerita
Bagaikan roh di dalam takhta
Manusia hidup dan membela CINTA
Bahagia dan derita atas nama CINTA
Bahkan mati dalam mempertahankan CINTA
Rasa dan warna yang tidak terkata

Tatkala selit CINTA dalam cerita
Derita dalam CINTA lahir kelazatan tak terkata
Sakit dan sengsara dalam CINTA
Merupakan korban yang indah pada rasa
Sesiapa yang menghalang CINTA
Pasti jiwa kontang dan derita

CINTA merubah segala cerita dan berita
Segala anggota tunduk pada CINTA
Demikianlah hakikat CINTA dalam menjelma pelbagai rupa
Menjadi tanda Tanya
Dengan siapakah BERCINTA?????
Maka jawapannya ALLAH AZZA WAJALLA….