Friday 9 March 2012

RENUNGAN SEORANG PENDOSA

Tatkala kulihat perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh manusia
Sehingga membelai nafsu dan keinginan yang menyeronokkan
Lantas diri ini terfikir
Bukan tidak pernah aku lalui saat-saat dosa yang sedemikian
Aku telah laluinya bahkan lebih dasyat lagi
sehingga ia menyebabkan aku hanyut di bawa arus keseronokannya
Menyebabkan luka yang masih terasa di saat ini
Kerana ia memakan dan merebak di segenap hati

Tangisan demi tangisan penyesalan ku alirkan
Renungan demi renungan kulemparkan
Cemuhan demi cemuhan yang dipahat kepada hati ini
Tetapi ia masih kekal sebagai sisa di dalam hati ini
Kadangkala ia menghinggap
Dan tatkala ia menghinggap
Diri ini merasakan ia perlu di lakukan dalam member kebahagiaan dan kegembiraan
Walaupun hati kecilku kuat mengatakan
Ia hanyalah satu permainan yang sia-sia
Yang akan merosakkan kehidupan ini

Hati mampu berserah dan meminta kekuatan daripada Allah
Agar diri ini diselamatkan dari perkara-perkara dosa
Agar hati ini kembali kepada Pencipta
Dalam keadaan bersih dan tenang
Kesusahan dan kegusaran dalam kehidupan ini
Hanyalah aku dambakan mendapat balasan syurga dari Allah Azza Wa Jalla

No comments:

Post a Comment