Saturday 10 March 2012

HATI INSAN

seluruh hati setiap insan inginkan
ketenangan dan kegembiraan
tetapi allah berikan keadaan ini
kepada sesiapa yang dikehendakinya….

seorang yang berada di dalam
ketenangan dan kegembiraan
maka kehidupannya dirasakan
begitu bahagia dan dilengkapi
dengan kesempurnaan…….

tetapi bagi orang-orang yang
diletakkan di dalam suasana
yang menyedihkan dan diliputi
dengan kehuru-haraan….

maka kehidupan mereka umpama
jasad yang akan ditinggalkan roh
kegelapan menghantui mereka
kebuntuan terbayang-bayang
didalam fikiran mereka
seperti hidup ini tidak mendatangkan
apa-apa makna dalam kehidupan mereka
dunia ini tidak lagi menjadi tempat
untuk menggembirakan mereka
umpama manis yang hilang daripada gula
umpama mereka dicampakkan di
dalam dunia yang begitu sempit
sehingga tidak boleh untuk bergerak
bebas dimana-mana….

tetapi

apabila hati ini terdetik
allah…allah…allah
sehingga hati ini dapat dilembutkan
dengan zikrulah
akan terpancarlah dalam
hati ini keagungan dan
kehebatan allah…..

sehingga hati ini meyakini
tidak ada apa-apa perara
yang boleh memberikan kebahagiaan
dan ketenangan melainkan hanyalah
dengan keizinan daripada allah

disaat ini apabila hati diisi
dengan keagungan dan kebesaran allah
maka allahlah yang akan mencampakkan
ketenangan dan kegembiraan yang sebenar
dalam hati nya
dan pada masa itu
diri ini akan merasa
sepenuh ketenangan yang tidak
dapat dihalangkan oleh sesiapapun……

seperti hati yang dianugerahkan
kepada saidina bilal r.a
apabila bibirnya mengucapkan
lailahaillallah muhammadurrasulullah
penyeksaan dan penderitaan telah
datang dalam kehidupannya
siang hari beliau dijemur diatas
padang pasir yang begitu panas
dan dibadannya dihempap dengan batu yang besar
pada malam hari dicemeti
sehingga tidak henti-henti
tetapi bibir beliau tetap mengukapkan
ahad... ahad… ahad
allah lah yang esa...allah lah yang esa…
ini kerana hati beliau telah
mendapat ketenangan yang sebenar
daripada allah
kesan daripada hati yang
dilimpahi dengan keagungan allah

jadi

walupun kehidupan ini dipenuhi
dengan pelbagai masalah
tetapi hati ini tetap merasakan ketenangan
ini kerana hatinya telah dilatih
menjadi hati-hati yang meredhai apa
saje keadaan yang ditimpakan kepadanya
hati kecilnya berkata
allahlah yang mengetahui segala-galanya
dan allah akan memberi yang terbaik kepada orang-orang yang dikehendakinya
iaitu orang-orang yang hatinya sentiasa mencintai dan merinduinya yang disulami dengan keyakinan yang begitu teguh dan mantap
sehingga tidak mampu digoyahkan oleh sesiapapun…..

No comments:

Post a Comment