Friday 2 December 2011

permulaan kalam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ALHAMDULILLAH
segala puji-pujian hanyalah di panjatkan kepada Allah
tempat yang selayaknya dipuji dan disanjungi
Dialah Allah yang mencipta langit dan bumi serta diantaranya

Dan Dialah Allah yang mentadbir perjalanan seluruh alam dan makhluk
maka selayaknyalah sebagai seorang insan dan hamba
perkataan syukur mestilah sentiasa keluar daripada ungkapan bibir dan terlintas di lintasan hati
sesungguhnya orang yang bersyukur Allah akan menambahi nikmatnya
dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tunggulah azab yang amat pedih daripada Allah

tidak ada perkara dan alasan untuk seorang hamba menjauhi daripada bersyukur
walaupun keadaan nya sekarang begitu gundah gulana
hati yang resah dan gelisah

NAMUN
sebelum datangnya kesusahan dan kegundahan itu
berapa banyak kah mulutnya mengulirkan senyuman
berapa banyak kah hatinya terasa aman dan tenteram
berapa banyak kah kehidupan nya di hiasi dengan kegembiraan dan kebahagiaan
dan
kadand-kadang
beratus kali dan bahkan beribu kali
tatkala sesuatu kesusahan yang menghinggapi kehidupan nya
dan dia merasakan sudah tidak ada jalan keluar daripadanya
namun tanpa disedari Allah telah keluarkan nya daripada masalah tersebut
dan selepas itu ia mampu untuk mengukirkn senyuman di bibirnya
dan hatinya merasakan begitu aman dan bahagia

maka selepas itu datang pula perkara yang menyedihkan sehingga hati merintih kesusahan
hidup merasakan hilang segala-galanya
tatkala ini
ingtlah sesungguhnya
sebelum ini
berapa kalikah Allah telah keluarkan diri kita daripada dicengkami dengn kegundahan dan kegelisahan
sehingga kita mampu untuk meneruskan kehidupan dengan bahagia dan gembira

maka apa pun keadaan kita sekarang
janganlah mulut dan hati ini terlepas daripada mensyukuri nikmat-nikmat Allah
dan tanda seorang hamba yang bersyukur
adalah akan lahir daripada perbuatannya
segala perbuatan dan tindak tanduk nya hanyalah akan mengikuti seluruh perintah Allah

ambillah daripada kisah nabi ayub a.s
dimana Allah telah datangkan ujian kepadanya
iaitu penyakit kulit yang sangat dasyat
tetapi apa yang terungkap di mulut nabi ayub a.s
kata nabi ayub:
tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan keadaan aku sekarang ini
kerana sebelum ini Allah telah biarkan aku dalam keadaan sihat yang begitu lama
dan aku malu untuk meminta kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit ini yang singkat masanya daripada aku berada dalam keadaan sihat yang lebih lama daripada keadaan sakit ini
lalu dengan serta merta Allah sembuhkan nabi ayub a.s

begitu indahnya kehidupan ini jika dihiasi dengan syukur..

No comments:

Post a Comment