Friday 2 December 2011

NaTiJaH KEBAIKAN

Janganlah kita takut dalam melakukan kebaikan
walaupun di sepanjangnya kita dimaki dan dihamun
dan pelbagai kesusahan yang dihadapi dalam beristiqamah melakukan kebaikan
tidak ada yang bernilai dalam kehidupan ini melainkan seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan
apala yang hendak dibanggakan dengan kehidupan ini jika tidak ada sedikit pun kebaikan yang dilakukannya
walaupun hidupnya ditenggelami dengan harta dan kemasyhuran
hidupnya tidak bermakna dengan harta dan pangkat
jika dengan harta dan pangkatnya tidak menjuruskan seseorang dalam melakukan kebaikan

apakah yang ada disebalik kebaikan ini
adakah ia sesuatu yang sia-sia dan meletihkan

daripada hadith riwayat muslim
barangsiapa yang melapangkan kesusahan(kesempitan)untuk seorang mukmin di dunia
maka Allah akan melapangkan baginya kesusahan dari kesusahan-kesusahan pada hari kiamat
dn barangsiapa memudahkan kesukaran seseorang maka allah memudahkan baginya di dunia dan di akhirat

dalam riwayat yang lain ada menyatakan
janganlah meremehkan sedikitpun tentang kebaikan
walaupun hanya menjumpai kawan dengan berwajah yang ceria (senyum)

Asysyihaab meriwayatkan
barangsiapa yang dibukakan baginya pintu kebaikan
hendaklah ia memanfaatkan kesempatan itu
untuk membuat kebaikan
kerana ia tidak tahu bilakah pintu kebaikan itu akan ditutup baginya

Abu Hanifah meriwayatkan
kebaikan itu sungguh banyak
tetapi sungguh sedikit yang mengamalnya

Al-Bukhari meriwayatkan
orang yang memberi jalan dan galakan dlam melakukan kebaikan
sama pahalanya seperti orang yang melakukan kebaikan


gunalah apa yang Allah berikan kepada kita
untuk melakukan kebaikan
disebalik kebaikan yang dilakukan
janganlah kita harapkan terima kasih dan balasan daripada makhluk
tetapi
haraplah redha dan ganjaran daripada Allah
kerana balasan Allah itu terlebih baik daripada segala-gala balasan

kebaikan adalah ubat yang paling mujarab dalam mengubati penyakit jiwa
sesiapa yang ada kesusahan buatlah kebaikan
sesiapa yang tidak tenang hidupnya, buatlah kebaikan
sesiapa yang mengalami masalah, buatlah kebaikan
sesiapa yang ditindas, buatlah kebaikan
pasti semua masalah itu akan dimudahkan
dan Allah akan keluarkan mereka daripada belengu-belenggu ketakutan

jika Allah mudahkan urusan kita di dunia
insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita di akhirat
Ibnu Taimiyah ada mengatakan
sesiapa yang tidak mendapat ketenangan di dunia
mana mungkin dia akan mendapat ketenangan di akhir

namun dalam melakukan kebaikan
ISTIQOMAH adalah satu perkara yang penting
imam Al-Ghazali menukilkan
cara untuk beristiqomah dalam kebaikan
antaranya ialah
sentiasa membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran
sentiasa melakukan solah-solah sunat
dan sentiasa mengingati kematian

jadi
peluang umur yang Allah anugerahkan kepada kita sekarang
janganlah kita biarkan ia berlalu begitu sahaja
tanpa kita isikannya dengan perkara-perkara kebaikan

jom kita jadikan hidup kita untuk melakukan kebaikan

No comments:

Post a Comment